| Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Semester II Sesi 2008/09 |
|
|
|
| Ditulis oleh webmaster |
| Khamis, 29 Oktober 2009 01:51 |
|
Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) telah diadakan pada 21 Oktober 2009, iaitu hari Rabu bertempat di Dewan Kuliah Utama, UDM Kampus KUSZA. Majlis ini merupakan kerjasama di antara Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) dengan Persatuan Undang-Undang (FLAIRSOC). Majlis ini telah dihadiri oleh semua pelajar Diploma Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang iaitu seramai 245 orang. Antara jemputan yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu, Wakil firma-firma guaman sekitar Kuala Terengganu, Dekan-Dekan Fakulti dan semua pensyarah dan kakitangan FUHA.
Majlis yang dijalankan kira-kira 2 jam telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai anugerah telah dinobatkan terutamanya untuk para pelajar FUHA dan termasuk juga untuk pensyarah dan kakitangan. Antara anugerah yang diberikan ialah:
|
| Kemaskini terakhir pada Ahad, 01 November 2009 06:21 |










