Kata-Kata Aluan Dekan

bismillah

 

SEKAPUR SIRIH DEKAN



Assalamualaikum Wm. Wbr.,


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izinnya kita diberi peluang untuk menimba ilmu khususnya dalam bidang Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w) serta ahli keluarganya dan seluruh pengikutnya sehingga hari akhirat.

 

Selamat datang ke Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menawarkan peluang pengajian dalam bidang undang-undang dan hubungan antarabangsa di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

 

Seiring dengan visi dan misi UniSZA dan FUHA, saya berharap agar fakulti dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja berketrampilan dan berkualiti tinggi dalam bidang akademik tetapi juga berakhlak luhur dalam bidang undang-undang dan hubungan antarabangsa sebagai persediaan untuk menghadapi persaingan dunia luar yang semakin mencabar.  Kecemerlangan dan ketrampilan dalam bidang ilmu tidak dapat dicapai dan dikecapi dengan impian semata-mata tetapi memerlukan usaha yang gigih dan perancangan yang rapi serta displin diri yang tinggi.  Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga tidak kurang penting bagi menerapkan aspek kepimpinan dan pengurusan dalam menghadapi dunia pekerjaan yang bakal ditempohi.

 

Akhir kata, semoga dengan maklumat yang terdapat dalam laman ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi mendapatkan maklumat lengkap tentang struktur dan peraturan program pengajian di FUHA serta sebagai sumber maklumat dan panduan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program di FUHA.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalam,

NORAIDA BINTI HARUN

Dekan

Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa

Universiti Darul Iman Malaysia

 
Portal Staf UDM
Portal Pelajar UDM
Perpustakaan Al-Mukhtar UDM
Webmail UDM
KeLiP


 
Kemaskini terakhir pada 19/08/2010
Telah menjanakan 138371 hit dan terdapat 1 tetamu di atas talian.