Utama Profil   Latar Belakang
Latar Belakang PDF Cetak Emel

Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) secara rasminya bermula pada awal tahun 2007, iaitu setahun selepas Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) ditubuhkan; yang sekarang ini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Walau bagaimanapun, program-program pengajian di FUHA sebenarnya telah bermula sejak zaman Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) lagi. Program Diploma Undang-undang mula ditawarkan oleh Sekolah Pengajian Umum KUSZA pada sesi Julai 1991. Program ini kemudiannya diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 1996. Sehingga kini program ini telah berjaya melahirkan 13 generasi graduan.

Pada tahun 2006 satu lagi sejarah tercipta apabila Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memberi kelulusan kepada Sekolah Pengajian Umum KUSZA untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) pada sesi Julai tahun yang sama. Pada sesi Julai 2008 yang lepas, FUHA telah menerima kemasukan pelajar generasi ketiga bagi program ini.

Pada 1 Januari 2007, KUSZA telah dijadikan salah satu kampus UniSZA di mana semua program pengajian sedia ada KUSZA, termasuk program Diploma Undang-undang dan program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), diteruskan oleh UniSZA. Pada bulan Mac 2007, FUHA telah ditubuhkan dan diberi tanggungjawab untuk terus menawarkan kedua-dua program tersebut. Selain daripada kedua-dua program tersebut, FUHA turut merancang untuk menawarkan program-program pengajian baru dalam bidang undang-undang dan hubungan antarabangsa di masa akan datang.

 

 
Portal Staf UDM
Portal Pelajar UDM
Perpustakaan Al-Mukhtar UDM
Webmail UDM
KeLiP


 
Kemaskini terakhir pada 19/08/2010
Telah menjanakan 138389 hit dan terdapat 2 tetamu di atas talian.