| Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Annual Dinner LAW Sem. 1 Sesi 2008/09 |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator FUHA |
| Khamis, 29 Januari 2009 01:17 |
|
Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Darul Iman Malaysia dan Persatuan Pelajar Undang-Undang telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar FUHA Sem. I Sesi 2008/09 dan Annual Dinner LAW pada 03 April 2009 (Jumaat) jam 8.30 malam bertempat di Permai Inn Kuala Terengganu.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Y. Bhg Dato' Naib Canselor Universiti Darul Iman Malaysia iaitu Dato' Prof. Dr. Alias bin Daud. Beliau hadir ditemani Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UDM. Antara dif-dif jemputan yang hadir ilah Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam Negeri, Dekan-dekan fakulti dan para pensyarah sambilan FUHA. Majlis berkenaan juga diserikan dengan kehadiran pensyarah-pensyarah FUHA dan Kakitangan FUHA.
Majlis yang sepenuhnya dirancang, diatur dan dijayakan oleh Persatuan Undang-Undang UDM dengan mendapat tunjuk ajar dari pihak fakulti begitu meriah dengan pelbagai acara yang dijalankan. Antaranya ialah Penyampaian Anugerah Sijil Dekan, Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti, Program dan Kokurikulum. Majlis juga tidak lupa memberikan penghargaan kepada pensyarah-pensyarah dan kakitangan FUHA dengan mengadakan Anugerah Pensyarah Popular, Mentor Popular dan Staf Popular. Tidak lupa persembahan dari pelajar-pelajar yang begitu berbakat.
Semoga dengan berlangsungnya program-program seperti ini akan memberi manfaat yang berguna kepada pelajar-pelajar FUHA terutamanya untuk berjaya dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang akademik dan juga memberi sedikit panduan tentang bagaimana untuk menguruskan sesuatu program.
Sekalung tahniah kepada penerima-penerima anugerah, kepada yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada pelajar-pelajar Diploma Undang-Undang Semester IV Sesi 2008/09 yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan kepada penaung program (Timbalan Dekan FUHA) dan para pengurusan UDM yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan majlis ini.
|
| Kemaskini terakhir pada Ahad, 12 April 2009 04:37 |










