|
Kami warga Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, UniSZA, akan memberi perkhidmatan yang berkualiti, berkesan, mesra dan profesional bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam urusan:
- Pengajaran dan Pembelajaran
- Memastikan tenaga pengajar mempunyai kelayakan dalam bidang yang ditawarkan.
- Memastikan pelajar dimaklumkan tentang proforma kursus dan maklumat semasa kursus dalam kuliah pertama dan minggu pertama pengajaran.
- Memastikan keputusan ujian dimaklumkan oleh pensyarah kepada pelajar selewat-lewatnya tiga (3) minggu selepas ujian diadakan.
- Memastikan keputusan penilaian berterusan (pre-final) dimaklumkan oleh pensyarah kepada pelajar selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh Peperiksaan Akhir.
- Memastikan penasihat akademik bersedia memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar apabila diperlukan.
- Perkhidmatan Sokongan
- Memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik berdasarkan sumber yang ada.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan.
- Memastikan aduan diberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.

|