|
|
SEMINAR KEBANGSAAN UNDANG-UNDANG KANAK-KANAK KE-2
Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Undang-Undang Kanak-Kanak Ke-2 pada 2 & 3 Oktober, 2010, di INSTITUT SOSIAL MALAYSIA, (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lot PT 13856, Km 6, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, 57100 Jalan Sungai Besi, KUALA LUMPUR. Tema untuk seminar kali ini ialah HAK KANAK-KANAK: ISU-ISU TERKINI & CABARAN MASA DEPAN.
Pengenalan - Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang diterima pakai di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1989 telah mencadangkan beberapa garis panduan bagi melindungi hak setiap kanak-kanak dengan mewujudkan piawaian dalam perkhidmatan perundangan, sivil, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sosial. Sebagai pihak yang bertanggungjawab, kita perlu memastikan hak-hak tersebut dihormati dan kanak-kanak memperolehi kehidupan, pembangunan dan perlindungan yang terbaik.
Dewasa ini, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan agama telah sedar bahawa kita perlu membuat lebih pelaburan untuk kanak-kanak dari segi kesihatan, pendidikan dan penjagaan. Kesedaran ini menyebabkan lebih ramai pihak tampil menyuarakan tentang isu-isu berkaitan hak kanak-kanak. Usaha ini perlu diteruskan dan semua pihak harus menggembleng tenaga untuk memantapkan lagi hak kanak-kanak tersebut.
Sila klik di sini untuk makluman lanjut.
|